OLAHRAGA
Pentas Asia titik permulaan baru Jonah Chang
Penampilan sulung dalam Kejohanan Trek dan Padang Asia menjadi satu titik permulaan baru dalam karier jaguh lontar peluru negara, Jonah Chang Anak Rigan.
Dia turut menyifatkan musim 2025 sebagai satu musim mencabar sambil disajikan dengan pelbagai aksi sengit daripada pelbagai kejohanan.
Matlamat dan strategi jelas telah ditetapkan untuk menakluk beberapa kejohanan utama termasuk Sukan Universiti Asia dan Terbuka Cahya Mata Sarawak yang dijadual bermula April ini.
Iklan
"Saya berharap untuk memperbaharui rekod kebangsaan sebelum melangkah ke Sukan SEA. Saingan ini akan menghadirkan lebih ramai pencabar jadi saya tidak sabar untuk menghadapi kejohanan ini," katanya menerusi Nadi Arena.
Must-Watch Video