Skip to main content

Sukan Lain

Penghormatan ini untuk arwah Azlan -- Ridzuan

ridzuan.jpg
Atlet pecut para negara, Mohd Ridzuan Puzi, mahu mendedikasikan penghormatan dicalonkan sebagai atlet olahraga lelaki terbaik Anugerah Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC) kepada bekas rakan sepasukannya, Allahyarham Azlan Mat Lazim.

Ridzuan bersama jurulatihnya, R. Jeganathan, akan terbang ke Dubai 4 Februari depan untuk menghadiri malam gala itu.

Ia merupakan sejarah kerana buat julung kalinya, atlet para negara tercalon dalam APC dengan Ridzuan layak berdasarkan pencapaiannya tahun lalu -- memecahkan rekod dunia pecut 100 meter T36 dengan catatan 11.36 saat, sekali gus meraih emas dalam Sukan Para Asia Indoneia.

Baginya, arwah Azlan menjadi pencetus untuk dirinya terus berjuang selepas rakan sepasukannya itu terlibat dengan kemalangan jalan raya sehingga meragut nyawanya.

"Menang atau kalah saya tidak kisah di Dubai nanti, saya sentiasa ingat kata-kata arwah Azlan dan itu sebab saya sentiasa menguatkan semangat berlari untuk mencapai impiannya yang tak kesampaian," katanya.

Jeganathan pula enggan anak buahnya terus dibuai dengan kemasyhuran kerana misi utama tahun ini adalah menjadi juara dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia di Dubai, November depan.

Dalam masa sama, Jeganathan turut memasang hasrat mahu Ridzuan fokus kepada misi meraih emas kali kedua dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

"Kami meletakkan sasaran, iaitu Tokyo 2020. Saya mahu Ridzuan tidak terbuai dengan penghargaan ini dan kekal fokus dalam sesi latihan," katanya.

Advertisement

Must Watch Video