Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Penerjun muda diberi kepercayaan lebih besar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pandalela-rinong,-gabriel-gilbert-260817.jpeg
Ketua jurulatih terjun negara, Yang Zhuliang, merancang untuk membuka peluang kepada penerjun muda seperti Gabriel Gilbert Daim dan Kimberly Bong untuk mencabar kejohanan siri ke-6 Grand Prix (GP) Dunia di Kuala Lumpur, bulan depan selepas Malaysia menyapu bersih 13 pingat emas dalam Sukan SEA bulan lalu. 

Perancangan itu susulan peningkatan prestasi penerjun muda yang menggembirakan Zhuliang.

Pengendali kelahiran China itu menganggap anak buahnya sudah sedia menggalas cabaran lebih besar dan GP Dunia Kuala Lumpur merupakan platform terbaik untuk mereka melangkah ke tahap lebih tinggi.

Justeru, Zhuliang yang kembali menyertai sesi latihan skuad negara hari ini, sedia memberi peluang kepada penerjun muda. 

"Kami akan memberikan peluang kepada penerjun muda beraksi dalam GP Dunia yang berlangsung di Malaysia manakala saingan di Gold Coast akan disertai oleh penerjun senior negara," katanya.

Dalam kalangan penerjun muda negara, hanya Kimberly yang pernah menyertai GP Dunia sejak tahun lalu.

Penerjun senior seperti juara dunia, Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong, akan ditugaskan mencabar siri terakhir GP Dunia di Gold Coast, Australia, November depan bagi menyesuaikan diri dengan venue Sukan Komanwel 2018.

Advertisement

Must Watch Video