Skip to main content

Sukan Lain

Pempengaruh 'hampir pitam' selepas harungi pertarungan sebenar!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dma-islam-abang-koroy.jpg
DMA Islam tewas di pusingan ketiga apabila bertemu Abang Koroy dalam perlawanan tinju yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Perlawanan yang tular di media sosial dan dinanti-nantikan ribuan peminat itu pada mulanya dihentikan secara mengejut menerusi pengumuman rasmi pihak penganjur.

Bagaimanapun, ia kembali dipertandingkan sebentar tadi. 

Dalam pertarungan yang berlangsung, DMA terpaksa akur dengan sengat tumbukan Abang Koroy yang berjaya menumbangkannya pada pusingan ketiga.

Abang Koroy membawa pulang wang hadiah bernilai RM12,000. 

Terdahulu, tular pertarungan tinju melibatkan dua personaliti media sosial tersebut, apatah lagi apabila ia menjadi sorotan ramai di platform TikTok dan Instagram sejak beberapa hari lalu.

Netizen turut membanjiri ruangan komen di laman sosial dengan pelbagai pandangan.

Antara isu yang dibangkitkan termasuk sikap DMA Islam yang sebelum ini tular dengan rakaman menggunakan kata-kata kesat dan berbaur provokasi, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau layak dijadikan contoh kepada anak muda.

Advertisement

Must Watch Video