Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan Lain

Peluang Azeem Fahmi pecah rekod kebangsaan cerah, namun...

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azeem-fahmi-robert.jpg
Pengarah Teknikal Kejurulatihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard, mengakui masa depan cerah untuk Muhammad Azeem Fahmi memecah lebih banyak rekod kebangsaan di masa hadapan.
 

Namun, segalanya memerlukan proses dan bersandarkan rejim latihan dari jurulatihnya di Amerika Syarikat, dan Ballard percaya ianya mampu direalisasikan pada Kejohanan Outdoor Track & Field dari 28 hingga 31 Mei ini di Jacksonville, Florida.

Ballard mempunyai visi lebih luas bagi menyaksikan permata negara ini layak secara merit dan memenangi pingat pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 dan Brisbane pada 2032.

Sementara itu, Ballard turut menegaskan Shereen Samson Vallabuoy, memerlukan sekurang-kurangnya tempoh dua hingga tiga minggu untuk kembali beraksi pada tahap optimum ekoran kecederaan hamstring yang dialaminya.

Advertisement

Must Watch Video