Skip to main content

Sukan Lain

Pelari Kenya dominasi Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

250916kenya.png
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2016 didominasi oleh pelari Kenya selepas mereka mengungguli tiga tempat teratas kategori utama lelaki dan wanita terbuka antarabangsa, semalam.

Gilbert Muge menamatkan larian 42 km itu dengan catatan masa 2:33:44 saat, untuk menjuarai kategori lelaki terbuka antarabangsa, manakala dua rakan senegaranya, Alex Melly. di tempat kedua, 2:34:30 saat, dan Ones Muindi ketiga, 2:36:31 saat.

“Ini adalah penyertaan kedua saya di negara ini dan untuk muncul juara di sini selepas gagal meraih sebarang tempat di Pulau Pinang pada tahun lalu, saya sangat bersyukur.

“Kemenangan ini menyuntik semangat saya dan akan pulang ke Kenya untuk meneruskan latihan rapi menjelang Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang, November ini,” kata Muge, 23.

Kategori wanita terbuka antarabangsa pula menjadi milik Susan Jemutai Kosgei, yang mencatat 3:04:33 saat, meninggalkan naib juara, Mercy Jelimo Too, dengan masa 3:05:32 saat, dan Wachira Tabitha Wamboi, 3:13:07 saat di tempat ketiga.

Juara dua kategori utama itu membawa pulang RM10,000, manakala pemenang tempat kedua RM 7,000 dan ketiga RM 5,000.

Berlangsung di Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, LAJSM menarik 50,219 penyertaan untuk 18 kategori keseluruhan yang dipertandingkan, antaranya kategori pelajar, veteran, terbuka Malaysia dan tertutup Terengganu.

Acara pelepasan pelari dan penyampaian hadiah disempurnakan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

Advertisement

Must Watch Video