Selain menggondol emas di kota cinta Paris, Hodgkinson turut dinobatkan sebagai 'Personaliti Sukan BBC 2024' sekaligus berjaya memperbaharui rekod peribadinya kepada 1.54.61 saat.
Meskipun sudah melakar banyak rekod cemerlang, pelari berusia 22 tahun tekad untuk merealisasikan misi utamanya iaitu memecahkan rekod dunia 800 meter yang masih dipegang pelari dari Republik Czech, Jarmila Kratochvilova.
Keely Hodgkinson beats Luke Littler to win BBC Sports Personality of the Year awardhttps://t.co/M6kurgtX4R
— Sky News (@SkyNews) December 18, 2024
“Rekod dunia itu sentiasa bermain di dalam fikiran saya, tetapi saya masih muda dan mempunyai banyak masa untuk merealisasikan impian itu,”* katanya.
Jurulatihnya, Trevor Painter dan Jenny Meadows, yang baru sahaja memenangi Anugerah Jurulatih Terbaik 2024 juga telah meletakkan sasaran besar buat dirinya menjelang 2025.
“Saya sangat mempercayai mereka dan saya tahu keadaan fizikal saya sebelum melangkah ke garisan permulaan bergantung pada sejauh mana kami dapat menyatukan segala aspek, dan itu melibatkan banyak perkara dalam sukan olahraga,”* jelasnya.
Walaupun musim 2024 terpaksa berakhir lebih awal akibat kecederaan ringan pada hamstring yang menghalangnya daripada mempertahankan gelaran Diamond League, namun ia tidak menjadi alasan Hodgkinson untuk kembali menjalani latihan di Afrika Selatan dalam usaha mempersiapkan diri bagi cabaran yang lebih besar.