RAGBI
Pelanggan Pakej Sukan Astro dapat tonton Piala Dunia Ragbi 2023 secara percuma
Pelanggan Pakej Sukan Astro akan dapat menikmati tontonan Piala Dunia Ragbi 2023 tanpa sebarang kos tambahan.
Kesemua 48 perlawanan bagi edisi 2023, yang akan berlangsung di Perancis dari 8 September hingga 28 Oktober depan, akan disiarkan dalam saluran beIN SPORTS RUGBY (CH809).
Selepas tiga kali bergelar naib juara, Les Bleus pastinya mahu memanfaatkan sokongan penyokong di laman sendiri untuk memburu kejuaraan tahun ini.
Iklan
Afrika Selatan, yang menewaskan England dalam final edisi di Jepun pada 2019, akan turun dengan membawa reputasi sebagai juara bertahan.
New Zealand, yang turut pernah bergelar juara sebanyak tiga kali seperti Springboks, menamatkan edisi lalu di tempat ketiga dengan menewaskan Wales.
Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi Astro.

Must-Watch Video