SUKAN LAIN
Pegawai, jurulatih main peranan besar lahirkan pengganti Azizulhasni
Ketua jurulatih negara, Datuk Ng Joo Ngan, berkata pencarian bagi pengganti Datuk Azizulhasni Awang bergantung kepada pegawai serta jurulatih kem berbasikal trek negara.
The Pocket Rocketman mengumumkan kariernya bakal menemui titik noktah selepas Sukan Olimpik Paris 2024.
"Perkembangan berbasikal trek di Malaysia mempunyai perancangan yang baik.
Iklan
"Saya berharap barisan pegawai tahu apa yang perlu dilakukan memandangkan pelumba di Malaysia ramai.
"Kalau pegawai tidak faham apa nak dibuat, mereka tidak akan dapat (bantu atlet) capai tahap seperti Azizul, dia seorang dalam sejuta.
"Untuk mencapainya, pegawai dan jurulatih perlu bekerja kuat untuk mengenal pasti siapakah yang patut menjadi calon utama.
"Bukan senang untuk melahirkan seorang pelumba seperti Azizul," katanya.
Di samping itu, Joo Ngan juga berkongsi bahawa pilihan Malaysia untuk menganjur Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2023 adalah tepat.
Ia mampu memberi peluang kepada atlet-atlet berbasikal negara untuk mengumpul mata bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.
"Ia boleh merangsang perkembangan pelumba negara dan membantu atlet negara mengutip mata untuk layak ke Sukan Olimpik.
"Kalau ikutkan penganjuran kejohanan berbasikal trek di negara kita tidak menggalakkan berbanding Eropah yang menganjurkan perlumbaan di merata tempat.
"Tambahan pula dalam keadaan pandemik ini, semua sukan pun terjejas."
Kredit imej: olympics.com
Must-Watch Video