Kejohanan Mr. Enrich 2024 buat julung kalinya melakar sejarah tersendiri apabila mengumpulkan penyertaan terbesar kali ini.

Penganjuran yang memasuki edisi ketujuh itu menyaksikan seramai 582 peserta mengambil bahagian dan bertanding dalam tujuh kategori berbeza.

Lebih menarik, pengelolaan terbaru ini turut memberi ruang kepada peserta yang datang daripada unit beruniform negara untuk sama-sama memeriahkan kejohanan itu.

"Tahun ini ada satu kategori khas bagi badan beruniform termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraa Malaysia (PDRM) dan lain-lain lagi menyertai pertandingan ini," kata penganjur, Krishna Kumar.




Aksi akhir akan berlangsung esok demi menentukan siapakah yang akan membawa pulang RM100,000, sekali gus merebut kejuaraan kategori masing-masing.

"Saya memasuki pertandingan ini kerana mahu lebih yakin dengan diri sendiri dan dapatkan pengalaman yang berharga," kata peserta, Faris Ayob.