Beregu padel negara, Christian Didier Chin-Aidan Yunus, menyumbangkan pingat perak keenam buat Kontinjen Malaysia menerusi sukan padel yang pertama kali dipertandingkan itu sebentar tadi.
Aksi di Pusat Sukan Nagoya City Higashi itu berakhir dengan wakil Christian-Aidan tewas dalam aksi straight set, 3-6,1-6 kepada pilihan utama dari Qatar, Mashari Naif-Rashed Naif dalam tempoh 55 minit pertarungan.
Set pertama menyaksikan skuad negara mengikat gandingan adik beradik itu 3-3 sebelum terpaksa akur tewas 3-6 dalam tempoh 28 minit.

Wakil negara cuba memberikan saingan untuk mengheret pilihan pertama kejohanan itu, namun Mashari-Rashed yang lebih dominan itu menewaskan wakil negara 1-6.
Christian-Aidan terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.