GOLF
Pasca Golf Selangor Masters: Pemain amatur cetus sensasi
Pasca kejayaan penganjuran Kejohanan Golf Selangor Masters 2025 selain menjadi medan kompetitif buat pemain profesional negara menyerlahkan potensi sebenar -- apa yang lebih menarik, adalah peningkatan pemain amatur negara dalam edisi kali ini.
Daripada jumlah 144 pemain yang beraksi dalam Selangor Masters, 11 daripadanya merupakan pemain amatur yang layak secara merit atau pun atas tiket jemputan.
Peluang keemasan beraksi bersama pemain berkelas dunia, nyata memberi kesan domino positif buat Afham Othman, Aiden
Kei, Ahmad Shaharuddin, Daichi Hayashi dan Muhammad Hariz Muhammad Hezri.
Iklan
"Saya rasa bertuah berkesempatan bermain di samping pemain profesional tempatan dan dari luar negara.
"Saya juga dapat belajar daripada kos pengurusan dan latihan mereka.
"Ini salah satu kejohanan besar di Malaysia," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Antara yang mencuri tumpuan, kelibat Afham Othman yang mewakili Persatuan Golf Malaysia (MGA) meskipun berperang dengan masa untuk melakukan persiapan rapi pasca pulang daripada Kejohanan Jemputan Piala Dunia Remaja di Amerika Syarikat.
Afham, 14, merupakan jaguh dalam pembikinan negara dan antara pemain termuda beraksi dalam Selangor Masters edisi kali ini.
"Saya mendapat tempat kedua.
"Cabaran lapangan di sana agar sukan. Selain faktor angin dan lapangan, kolam juga sukar untuk diatur," katanya.
Must-Watch Video