Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Tiada majlis menaikkan bendera tidak lemahkan semangat atlet

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hamidin.jpg
Penganjuran temasya Sukan Olimpik tampak diselubungi ancaman keselamatan apabila majlis menaikkan bendera yang menjadi amalan mana-mana sukan bertemasya itu tidak diadakan di paris 2024.

Ia membabitkan majlis menaikkan bendera semua negara bertanding sekaligus tampak menjadikan Sukan Olimpik Paris suram di perkampungan sukan berbanding edisi-edisi sebelum ini.

Ketua kontinjen negara, Datuk Hamidin Mohd Amin, bagaimanapun menegaskan situasi itu tidak membunuh semangat atlet negara  untuk beraksi dalam acara masing-masing.


 

Upacara menaikkan bendera adalah simbolik bagi meraikan secara rasmi kehadiran semua rakan dari seluruh negara sekaligus menawarkan pengalaman berbeza kepada para atlet.

"Saya difahamkan dalam mesyuarat CDM bahawa tiada majlis itu, tetapi tiada sebab dan kemungkinan jadual mereka padat untuk semua atlet.

"Tetapi kita buat dalam latihan dan tempat perkampungan atlet kita, mereka tidak buatkan. Kita dan pegawai serta atlet yang lakukan sendiri dengan persekitaran di perkampungan." katanya kepada Nadi Arena.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video