Skip to main content

Sukan Lain

Paris 2024: Tiada gangguan, hanya fokus cipta kejutan -- Aniq Kasdan

aniq.jpg
Atlet angkat berat negara, Aniq Kasdan, mengakui berada dalam kondisi terbaik untuk menyempurnakan angkatan bertaraf dunia menjelang penampilan istimewanya dalam Sukan Olimpik Paris 2024.

Meskipun berjaya melakukan angkatan seberat 303kg sebelum ini, Aniq menegaskan bahawa keadaan akan menjadi lebih berbeza apabila melangkah ke temasya berprestij itu.

Demi mencipta sensasi dan kredibiliti yang sempurna, Aniq mengetepikan rasa sakitnya ketika sesi latihan untuk mengharumkan nama negara di pentas tertinggi.

Walaupun di label sebagai bukan pilihan namun, ketenangan yang dimiliki tidak akan mengganggu dirinya sebaliknya tumpuan hanya terarah untuk melakukan pencapaian terbaik.

"Saya mahukan keputusan yang terbaik dalam penampilan pertama sekali gus menjadi motivasi tertinggi buat saya sebelum masuk ke kejohanan," katanya.

Advertisement

Must Watch Video