Penerjun Mexico, Aranza Vazquez, menuduh sorakan penyokong telah menjejaskan terjunannya dalam 3m papan anjal yang diklasifikasikan sebagai gagal telah menerima markah 0 hingga merencatkan usahanya untuk mara ke final.

Terjunan keempat Vazquez, 21, yang menduduki tempat ketiga dalam pusingan awal tidak menjadi, lalu menuntut juri mengambil sedikit masa untuk menentukan bahawa terjunannya adalah gagal.

Pegawai media kontinjen Olimpik negara itu, Jose Gomez Ruiz, berkata kepada Reuters bahawa mereka telah membuat bantahan berikutan terganggu dengan sorakan penonton.




"Sebelum juri meniupkan wisel, dia terdengar bunyi yang telah menjejaskan tumpuannya yang menyebabkan dia gagal dalam terjunannya," katanya.

Bagaimanapun, aduan itu tidak diendahkan dan penganjur tidak membenarkan Varquez membuat terjunan semula.