Skip to main content

Sukan Lain

Paris 2024: Terbukti handal bertinju, Imane Khelif tegaskan dia wanita tulen

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khelif-imane.jpg
Peninju Algeria yang menjadi kontroversi berhubung jantinanya, Imane Khelif, mengambil peluang selepas memungut pingat emas tinju bawah 66 kg wanita Sukan Olimpik Paris 2024, awal pagi tadi. 

Atlet berusia 25 tahun itu mengatasi pencabar dari China, Lin Yu-ting, menerusi keputusan juri untuk mengulangi kejayaan Hocine Soltani di Atlanta pada 1996.

"Saya seorang wanita seperti mana-mana wanita yang lain," katanya dalam sidang akhbar selepas memastikan kejayaannya. 

 



"Saya dilahirkan sebagai wanita dan saya telah hidup sebagai seorang wanita tetapi wujud pula musuh kepada kejayaan ini dan mereka tidak dapat menghadamnya. 

"Itu juga menjadikan kejayaan saya ini lebih istimewa."

Advertisement

Must Watch Video