Jenama sukan terkemuka, Skechers, berkolaborasi bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi memastikan kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 mendapat keselesaan dan sokongan yang mencukupi dari aspek pemakaian kasut sepanjang temasya itu berlangsung.

Sehubungan dengan itu, sejumlah 100 set kasut berkualiti tinggi telah disediakan oleh pihak terbabit melibatkan tiga kategori untuk setiap atlet dan pegawai sambil mengumumkan nilai penajaan mengikut harga pasaran kasut tersebut berjumlah lebih daripada RM194,000.

"Kami menaja pelbagai produk daripada jenama itu terutamanya beberapa jenis kasut dan sandal untuk keselesaan kepada pengguna di Paris nanti.

-Selain itu, kami mahu mencipta keserasian bersama busana rasmi ketika perarakan kontinjen Malaysia dengan produk yang dikenakan kepada pakaian atlet itu," kata Pengurus Besar Skechers, Stephanie Chang.

'Ayuh melangkah kearah kejayaan!'