Skip to main content

Sukan Lain

Paris 2024: Shah Firdaus jumpa pelumba Israel dalam pusingan pertama

shah-firdaus-sahrom.jpg
Pelumba berbasikan trek negara, Shah Firdaus Sahrom, akan bertemu wakil Israel, Mikhail Yakovlev, dalam pusingan pertama acara pecut Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional Perancis sebentar nanti.

Ini selepas dia menamatkan saingan kelayakan di tempat ke-22, sekali gus akan berlumba menentang lawan di tangga ketiga berkenaan.

Dalam pada itu, jaguh utama negara, Datuk Azizulhasni Awang, akan bertemu wakil Jerman, Luca Spiegel, selepas menamatkan pusingan kelayakan di tempat ke-10.

Pusingan pertama acara pecut dijangkan berlangsung bermula jam 8.30 malam ini.



 

Advertisement

Must Watch Video