Skip to main content

Sukan Lain

Paris 2024: Sensasi Tom Daley tiada tandingannya!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tom.jpg
The Comeback Kid – Tom Daley membawa pulang pingat perak di Sukan Olimpik Paris 2024 selepas mengumumkan persaraan sejurus meraih emas dalam penampilan di Tokyo empat tahun lalu.

Siapa tak kenal Tom yang pernah viral dengan hobi mengaitnya terutama sekali semasa saingan sedang berlangsung.

Peminat juga dapat melihat dia membesar dengan pungutan pingat pertama di Sukan Olimpik London pada 2012 dengan meraih gangsa, keputusan sama dicatat pula di Rio De Janeiro, sebelum dua lagi pingat iaitu emas dan gangsa berjaya dirangkul di Tokyo dan keputusan di Paris ini menjadikan pingat kelima sepanjang penglibatannya di saingan temasya berprestij itu!  

Bayangkan dua tahun tanpa sebarang ‘proper competition’ Tom yang kini berusia 30 tahun membuat 'u-turn' bagi merialisasikan permintaan dua orang anaknya, Phoenix dan Robbie, yang menonton aksinya secara langsung dan semestinya 'all ayes on Tom Daley' di Pusat Akuatik, Paris bagi momen bersejarahnya itu.

“Sebelum saingan bermula saya dah pun terasa seperti memenanginya dengan kehadiran keluarga dan anak saya, satu perasaan yang sangat Istimewa," katanya.



Itu perkongsian Tom dan begitulah, pingat perak berjaya diraih pemenang emas tiga kali Kejohanan Dunia bersama rakan sepasukan Noah Williams dalam acara 10m platform seirama, yang dalam masa sama memberi tekanan buat pasangan Lian Jun Jie dan Yang Hao dari China.

Namun persembahan sempurna mereka menyebabkan terjunan terakhir dengan catatan 103.23 untuk raih emas dalam acara itu.

Advertisement

Must Watch Video