Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Rumah Malaysia tawar pelbagai perkhidmatan sokongan kepada atlet negara

stuart.jpg
"Pusat sehenti lima dalam satu"

Rumah Malaysia menawarkan layanan lima bintang kepada seluruh atlet negara sepanjang Sukan Olimpik Paris 2024

Idea asal tempat tersebut merupakan cetusan hasil daripada 'Program Road to Gold' (RTG) yang menyediakan pelbagai perkhidmatan sokongan yang diwujudkan untuk memudahkan urusan atlet kebangsaan. 
 
Rumah Malaysia ditempatkan di sebuah hotel di Paris bagi membantu pemulihan atlet negara selain menampung kakitangan sokongan yang terhad di dalam perkampungan sukan. 

Antara kemudahan yang diadakan ialah rawatan kiropraktik, tukang urut, fisioterapi, psikologi dan pakar pemakanan.

Sebagai rekod, program RTG bertujuan untuk menyelaras usaha bagi merealisasikan misi memenangi pingat emas pertama Malaysia di temasya berprestij itu.

Advertisement

Must Watch Video