OLAHRAGA
Paris 2024: Rekod peribadi 400m pastikan emas buat Quincy Hall
Catatan peribadi terbaru menjulang Quincy Hall untuk menggondol pingat emas dalam final acara 400m lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 apabila mengatasi atlet Great Britain, Matthew Hudson-Smith.
Hudson-Smith mendahului pada awal perlumbaan tetapi belum cukup pantas apabila Hall yang kelihatan berada di tempat ketiga memecut deras untuk melintasi garisan penamat.
Atlet Amerika Syarikat itu mencatat rekod terbaik peribadi baru iaitu 43.40 saat untuk menewaskan Hudson-Smith dengan 0.400s .
Iklan
Hudson-Smith pula memperbaharui rekod Eropah miliknya sendiri menerusi catatan 43.44s sebagai sagu hati.
Berdasarkan rekod, catatan atlet Britain itu adalah yang kelima terpantas untuk di belakang Hall (43.40s pada 2024), Butch Reynolds (43.29s pada 1964), Michael Johnson (43.18s pada 1999) dan Wayde van Niekerk (43.03s pada 1992).
"Kadang-kadang perjalanannya adalah lebih baik daripada hasilnya, dan ia merupakan satu perjalanan yang amat sukar," kata Hudson-Smith kepada BBC Sport.
WHAT. A. FINISH.??'s @QuincyHall400 is the Olympic 400m champion with 43.40‼️#Paris2024 #Olympics pic.twitter.com/q9JpuMoe5J— World Athletics (@WorldAthletics) August 7, 2024
"Saya tetap bersyukur. Ini adalah pingat perak Olimpik dan tidak ramai orang mampu mengatakan sebegitu.
"Saya hanya gembira dan bersyukur -- ini baru permulaan."
Muzala Samukonga dari Zambia pula melengkapkan podium dengan catatan 43.74s.
Must-Watch Video