Pengunjung yang melawat Paris sambil menikmati Sukan Olimpik 2024 berdepan kawalan keselamatan ketat sepanjang temasya berlangsung ketika ini.
Banyak jalan terpaksa ditutup atau dipasang pagar sebagai langkah kawalan keselamatan, malah di merata pelusuk Kota Cinta itu, anggota keselamatan boleh dilihat menggalas senapang dan van hitam juga sentiasa berlegar sebagai langkah berjaga-jaga.
Sehubungan itu, pelancong berasakan mereka seperti terperangkap dan perjalanan menuju ke Eiffel Tower pula menjadi semakin berliku.
"Saya tinggal dekat Paris sempena Olimpik dan saya amat menyesali keputusan ini. Boleh dikatakan semua jalan ditutup malah untuk melintas jalan pun tidak boleh. Anda tidak dapat berbuat apa-apa mahupun pergi ke mana-mana, kata seorang pengembara dari Ireland.

Tuan rumah juga telah melipatgandakan aspek keselamatan sejak kes jenayah menunjukkan peningkatan.
Dalam masa sama, pengunjung juga berasa sangsi dengan upacara pembukaan yang bakal diadakan di Sungai Seine hari ini berdasarkan keadaan semasa biarpun ramai percaya ia menjadi cabaran berbeza berbanding kawalan di stadium.