Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Penggunaan warna emas hadirkan keunikan -- Mun Yee

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-kontinjen.jpg
Olimpian negara, Datuk Leong Mun Yee, menganggap penggunaan warna emas untuk pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai keunikan dalam rekaan kali ini.

Bekas ratu terjun negara itu mengakui pemilihan warna itu jelas seiring dengan misi kontinjen negara iaitu menjelmakan kilauan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik.
 
Lantas, Mun Yee yang membuat penampilan sebanyak lima kali di Sukan Olimpik berharap aura emas itu dapat meresap dalam jiwa barisan atlet negara untuk berjuang di Paris nanti.
 

Advertisement

Must Watch Video