Skip to main content

Advertisement

Olimpik

Paris 2024: Pengamal media terima kad pengangkutan istimewa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shopee.jpg
Pengamal media diberi kemudahan kad pengangkutan istimewa sepanjang bertugas di kota cinta, Paris sempena saingan temasya berprestij Olimpik Paris 2024 berlangsung.

Begitu perkongsian rakan setugas Azlan Mubin semasa berlintas lansung dalam siaran Shopee de Paris, dimana vlog keempatnya di negara itu menyaksikan dia menggunakan kemudahan awam untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi.

Ianya menjadi perkara biasa buat individu yang diberi tanggungjawab untuk membekalkan laporan terperinci mengenai sukan Malaysia apabila dihantar ke sesebuah negara bagi menyediakan laporan di Eropah – pengangkutan selain penginapan dan makanan.  



Tramp, R-E-R dan Metro antara kemudahan yang digunapakai Azlan dan team Astro Arena yang dihantar ke Paris. Ternyata kemudahan itu membawa kelebihan kepada para pengamal media yang akan keluar seawal 7 pagi untuk melakukan lintas langsung atau membuat temu ramah bagi persiapan laporan.

Apa yang boleh dilihat menerusi perkongsian di vlog Azlan, kemudahan pengangkutan di Paris dilihat cekap terutamanya perjalanan yang bersambung baik menawarkan perkhidmatan berjadual yang membolehkan pengamal media mematuhi ‘deadline’ selain mengelak daripada trafik yang berpotensi sesak.


Penganjuran sukan Olimpik di Paris juga dilihat bantu para pengamal berjimat dari segi perbelanjaan, sekaligus ‘no limit’ untuk mereka bergerak ke mana mana destinasi untuk membuat liputan lebih banyak cerita atau menempatkan lebih ramai wartawan ke lokasi lebih jauh dan menarik untuk mereka berkarya.

Apa lagi agaknya perkongsian menarik daripada Paris? Stay tuned dan jangan terlepas program menarik sepanjang temasya Olimpik Paris berlangsung!

Advertisement

Must Watch Video