Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir acara individu 3 meter papan anjal di Aquatic Centra, sebentar tadi.
Dia menamatkan terjunan di kedudukan ke-12 selepas mengumpul 283.56 mata secara keseluruhan dan akan bersaing dalam peringkat separuh akhir esok.
Dalam pada itu, wakil dari China, Chen Yiwen mendahului senarai tempat tempat dengan 356.40 mata diikuti penerjun dari Australia Keeney Maddison dan Vazquez Montano Aranza di tempat ketiga.
Saufi Tahir
Wed Aug 07 2024