Malaysia berada di kedudukan ketiga daripada segi kontinjen terbesar dalam kalangan negara ASEAN yang akan bertanding dalam Sukan Olimpik Paris 2024 bulan ini.
Berdasarkan data yang dikongsikan Seasia Stats, setakat hari ini, Thailand menduduki tangga teraras dengan 47 atlet diikuti Indonesia dengan 29 atlet.
Malaysia, dalam pada itu dikedudukan ketiga dengan 25 atlet, lebih tiga atlet berbanding negara jiran, Singapura.
Menyusul di tangga kelima ialah Filipina dengan 20 atlet diikuti Vietnam dengan 14 atlet.
Laos dan Myanmar akan turut bersaing dalam temasya terbesar dunia itu, masing-masing dengan seorang atlet setakat ini.