OLAHRAGA

Paris 2024: Ken Harden sedia bantu Azeem Fahmi capai masa terbaik

Stadium Astro
Najmi Iman
29/07/2024
13:12 MYT
Sponsor Banner
Paris 2024: Ken Harden sedia bantu Azeem Fahmi capai masa terbaik
Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022, Azeem Fahmi, secara rasminya kembali bersatu bersama jurulatihnya dari Amerika Syarikat, Ken Harden, sejurus tiba di Paris bagi membawa cabaran sebagai atlet olahraga tunggal di Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam masa sama, Ken Harden juga bertanggungjawab menjadi individu penting untuk membimbing atlet berusia 20 tahun itu ketika sedang menuntut di Universiti Auburn, AS. Atlet kelahiran Teluk Intan itu mempunyai lima hari untuk menyesuaikan diri bagi mengadaptasi perbezaan masa dan persekitaran di Perancis sebelum beraksi di pusingan awal kelayakan acara 100m di Stade de France, 3 Ogos ini.
"Saya sangat teruja apabila sudah sampai di Paris dan terus melakukan latihan ringan selain saya juga tidak mempunyai masalah akan perjalanan yang mengambil lama kerana saya sudah terbiasa dengan perkara sebegini," katanya.
Azeem mensasarkan untuk melakukan catatan masa musim terbaik dengan melakukan larian pantas daripada 10.36s tatkala memegang rekod kebangsaan 10.9 saat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video