Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Jurulatih tinju Samoa meninggal dunia selepas alami serangan jantung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

samoa-coach.jpg
Jurulatih sukan tinju kontinjen Samoa meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung di perkampungan Olimpik di Paris. 

Lionel Elika Fatupaito mengalami kesakitan sekitar jam 10.20 pagi waktu tempatan semalam.

Jurulatih berusia 60 tahun itu dipercaya bersama atlet ketika mengalami serangan jantung. Perkhidmatan kecemasan dihubungi untuk menangani situasi tersebut, beberapa jam sebelum upacara pembukaan bermula. 

Bagaimanapun, jurulatih itu telah diisytiharkan meninggal dunia di tempat kejadian, menurut Le Parisien. Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) mengeluarkan kenyataan hari ini mengesahkan perkhabaran itu.

Ia berbunyi , "Kami di IBA mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan dan rakan sekerja Lionel Elika Fatupaito, jurulatih tinju skuad kebangsaan Samoa, yang meninggal dunia secara tragis semasa Paris 2024.

"Dedikasi dan keghairahan Lionel terhadap sukan tinju telah meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan dalam komuniti tinju. Legasinya akan terus memberi inspirasi kepada generasi akan datang. Renungan dan doa kami bersama Pasukan Samoa dan semua yang terjejas akibat kehilangan yang mendalam ini."

The Mirror melaporkan presiden Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Samoa, turut memberi penghormatan. Pauga Talalelei Pauga berkata: "Lionel adalah salah seorang jurulatih tinju terkemuka Samoa dan sangat percaya kepada cita-cita Olimpik.
   

Advertisement

Must Watch Video