Sukan Olimpik Paris bakal membuka tirai 26 Julai ini, dengan kehadiran atlet pecut negara, Azeem Fahmi, bakal berdepan barisan pelari pecut terpantas dunia sebagai pemangkin dirinya mengejar catatan bawah 10 saat.
Azeem yang memegang rekod kebangsaan 100 meter dengan catatan 10.09 saat, yang dilakar ketika beraksi di pentas Kejohanan Olahraga Remaja B20 di Cali, Colombia dua tahun lalu.
Atlet yang berpangkalan di Auburn Universiti itu memperoleh tiket universal bagi membawa cabaran Malaysia dalam acara 100m di Paris 2024 yang bermula minggu hadapan.
Ini antara lima pelari terpantas yang bakal beraksi di Sukan Olimpik sekaligus menjadi pembakar semangat Azeem untuk memburu catatan rekod kebangsaan yang baru di sana nanti.
1. Kishane Thompson (Jamaica) -- 9.77s
2. Ferdinand Omanyala (Kenya) -- 9.79s
3. Oblique Seville (Jamaica) -- 9.82s
4. Noah Lyles (Amerika Syarikat) -- 9.83s
5. Christian Coleman (Amerika Syarikat) -- 9.86s
Diucapkan semoga berjaya buat Azeem serta barisan atlet Malaysia yang lain bersaing di Paris nanti.