OLIMPIK PARIS
Paris 2024: Bertrand Rhodict tidak sabar untuk beraksi
Penerjun muda negara, Bertrand Rhodict Lises, tidak sabar untuk turun beraksi dalam acara 10 meter platform dalam penampilan pertamanya di Sukan Olimpik Paris walaupun menghadapi sedikit kecederaan ketika sesi latihan.
Pembawa Jalur Gemilang itu turut berkongsi rutin terjunan baru yang mempunyai darjah kesukaran lebih tinggi sudah semakin konsisten dan berharap keterujaan di hari pertandingan akan membantunya laksanakan terjunan dengan sempurna.
Sebelum ini, atlet kelahiran Sarawak itu menjadi atlet pertama negara yang menempah slot ke Paris secara merit selepas prestasi menakjubkan di Kejohanan Akuatik Dunia Fukuoka menyaksikan dia turut mencatat rekod peribadi terbaik dengan 442.35 mata
Iklan
Atlet yang berusia 19 tahun itu turut menganggap beraksi dalam acara yang berlangsung di hujung temasya merupakan satu kelebihan kerana dapat menjalani sesi latihan yang lebih banyak sebelum bawa cabaran sebenar pada 9 Ogos di pusat akuatik Paris.
"Saya tidak sabar untuk bersaing ketika ini, apabila kejohanan bermula nanti, saya pasti jika berasa teruja maka anda akan beraksi dengan lebih baik.
"Kami ada banyak masa di sini untuk berlatih, jadi ia membantu saya memperbaiki terjunan dan berharap dapat sasarkan mata tinggi.
"Semua orang mahukan mata yang tinggi jadi saya berharap dapat melakukan perkara yang sama juga." Katanya kepada Nadi Arena.
Must-Watch Video