TERJUN
Paris 2024: Bertrand Rhodict Pembawa Jalur Gemilang?
Spekulasi bertiup kencang bahawa penerjun muda, Bertrand Rhodict Lises, akan mengetuai kontinjen negara pada Majlis Pembukaan Sukan Olimpik Paris, 27 Julai depan.
Majlis Olimpik Malaysia dijangka mengumumkan perkara itu, Selasa ini.
Tugas pembawa Jalur Gemilang bermakna atlit terbabit ialah atlit contoh, yang terbaik dan memiliki potensi besar untuk capai kejayaan pada masa depan.
Iklan
Rhodict, 19 tahun sememangnya memiliki potensi besar untuk capai semua faktor itu.
Apatah lagi, dia bakal buat penampilan sulung Olimpik.
Tekanan mungkin berkurangan apabila penerjun senior, Nur Dhabitah Sabri turut layak ke Olimpik Paris menerusi kuota simpanan World Aquatics.
Penerjun kelahiran Sarawak ini dalam misi cipta kejutan di Paris dalam acara 10m individu platform dimana setakat ini skuad terjun menyumbang 1 perak 2 gangsa Olimpik – semuanya menerusi penerjun wanita.
Selamat berjaya Rhodict!
Senarai Pembawa Jalur Gemilang di Sukan Olimpik
Beijing 2008: Datuk Azizulhasni Awang (Basikal Trek)
London 2012: Datuk Pandelela Rinong (Terjun)
Rio 2016: Datuk Lee Chong Wei (Badminton)
Tokyo 2021: Lee Zii Jia (Badminton)
Paris 2024: ?
Must-Watch Video