Skip to main content

Advertisement

Olimpik

Paris 2024: Baru tiba di Paris, Azlan Mubin dah jumpa Rozanna...

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

capture_4.png
Siapa Rozanna di hati Azlan Mubin sebenarnya? Ketika tiba di Eiffel Tower sebentar tadi, Azlan Mubin sempat berkongsi dalam rancangan Shopee de Paris bahawa dia sempat menemubual seorang warga tempatan yang bernama Rozanna. 

Melalui perkongsian Azlan di dalam rancangan itu ada beberapa perkara yang boleh kita belajar dan dapat tahu lebih lanjut dari warga tempatan Paris itu sendiri:

Antara soalan yang ditanya oleh Azlan kepada Rozanna adalah seperti berikut: 

Azlan Mubin: Bagaimana cara sebut Eiffel Tower dalam bahasa Perancis?    
Rozanna: Dalam bahasa Peranics, sebutannya adalah "Tuh E-Fel"

Azlan Mubin: Apakah yang boleh kita perkatakan tentang Eiffel Tower ?

Rozanna: Eiffel Tower, saya rasa bukan sebuah monumen tetapi satu persinggahan yang sangat disukai untuk ramai orang di seluruh dunia.

Azlan Mubin: Apakah pandangan anda mengenai Olimpik Paris?

Rozanna: Sangat bagus untuk Paris, sangat bagus untuk masyarakat kerana ianya menimbulkan suasana kegembiraan, orang yang baru pertama kali datang ke sini juga turut rasa gembira. 

Azlan Mubin: Adakah anda mengenali negara Malaysia? 

Rozanna: Ya. Cuma saya pernah pergi ke Thailand dan Indonesia, mungkin selepas ini saya akan ke Malaysia. 

Azlan Mubin: Apakah pandangan anda mengenai rakyat Malaysia?

Rozanna: Orang yang sangat baik dan saya akan pergi ke Malaysia nanti.

Advertisement

Must Watch Video