Skip to main content

Sukan Lain

Paris 2024: Azeem Fahmi yakin kekecewaan false start tidak berulang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azeem-fahmi.jpg
Pelari pecut 100 meter negara, Azeem Fahmi, tidak rela pisang berbuah dua kali dan bertekad akan lebih berhati-hati bagi mengelak insiden 'false start'.

Dia yang bakal bertanding dalam Sukan Olimpik Paris 2024 secara tiket peluang khas yang akan membuka tirai 26 Julai ini pernah hampa apabila tersingkir dalam Sukan SEA Hanoi tahun lalu gara-gara kesilapan situ. 

Selain ingin memperbaiki catatan masa, dia mengakui persediaan daripada segi teknik pelepasan turut menjadi tumpuan dalam penyertaan sulungnya di pentas paling berprestij dunia itu.

"Saya agak yakin bahawa perkara seperti itu dapat dielakkan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard, pula berharap Azeem lebih berhati-hati dalam memastikan tiada sebarang faktor luaran mampu mempengaruhi kesediaan mental.

"Tumpuan kami ketika ini ialah mengadunkan segala skil dan latihannya yang telah diusahakannya sejak empat tahun lalu. 




"Apa yang mustahaknya, jurulatih peribadinya sendiri pernah menyertai Olimpik tahu persiapan terakhir iaitu 14 hari menjelang kejohanan. 

"Kami tidak terlalu menekankan latihan keras dalam program latihan selepas ini, cuma perlu melangsungkan menyempurnakan lariannya," katanya pula.  
 

Advertisement

Must Watch Video