Azeem Fahmi jadi pilihan utama untuk mengisi slot tunggal olahraga negara ke Sukan Olimpik Paris bulan depan?
Jawatankuasa Pemilihan Atlet Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sebulat suara menamakan pelari pecut sensasi, Muhammad Azeem Fahmi, sebagai pilihan utama untuk mengisi slot universal yang membawa kepada penglibatan di Sukan Olimpik Paris.
Biarpun peluang terakhir Azeem dan Shereen Samson Vallabouy di Terbuka Kazakhstan -- namun, KOM mempunyai pilihan, andai kedua-dua atlet itu masih gagal melepasi had kelayakan Olimpik.
Pengurus Besar Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Nurhayati Karim, menawarkan perspektif terkini -- andai Shereen menyambar slot ke Paris itu bergantung kepada faktor kesihatan dan sebagainya kerana slot universal itu memiliki kriteria tersendiri.
Difahamkan, KOM perlu menghantar nama kepada Majlis Olimpik Malaysia sebelum 30 Jun. Seterusnya MOM akan menghantar nama kepada Majlis Olimpik Antarabangsa sebelum 8 Julai.