Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Atlet Mesir dedah hamil tujuh bulan sebelum tersingkir di pusingan 16

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nada-hafez.jpg
Atlet lawan pedang Mesir, Nada Hafez, mempunyai alasan berganda untuk meraikannya selepas meraih kemenangan pertamanya di Sukan Olimpik dalam acara saber wanita semalam kerana dia mendedahkan sudah hamil tujuh bulan.

Hafez yang berusia 26 tahun, yang bertanding di Sukan Olimpik ketiganya, menewaskan pemain nombor 10 dunia dari Amerika Syarikat, Elizabeth Tartakovsky, 15-13 sebelum tewas 15-7 kepada Jeon Hayoung dari Korea Selatan pada pusingan 16 di Grand Palais.

Kemudian Hafez berkata dia berbangga bukan sahaja dengan prestasinya, tetapi juga telah bertanding sambil menantikan kehadiran bayinya yang bakal dilahirkan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nada Hafez (@nada_hafez)



"Ketika anda melihat dua atlet sedang beraksi, mereka sebenarnya bertiga! Ia adalah saya, pesaing saya dan saya yang belum datang ke dunia kita, bayi kecil!" kata Nada menerusi Instagram.

"Saya menulis untuk mengatakan bahawa kebanggaan memenuhi diri saya kerana memastikan tempat saya dalam pusingan 16. Sukan Olimpik kali ini cukup berbeza. Tiga kali bergelar Olimpian tetapi kali ini membawa seorang Olimpian kecil!"

Hafez, yang sebelum ini bertanding di temasya itu pada 2016 dan 2021, berkata dia mendedahkan berita itu untuk 'menjelaskan tentang kekuatan, ketabahan wanita Mesir itu'.

"Pengalaman kehamilan cukup sukar, tetapi perlu berjuang untuk mengekalkan keseimbangan kehidupan dan sukan adalah sesuatu yang berat, ia cukup berbaloi."

Advertisement

Must Watch Video