Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Aniq Kasdan sasar angkatan 305kg

aniq-kasdan.jpg
Kurang dua minggu lagi sebelum bermulanya acara angkat berat di temasya Sukan Olimpik Paris 2024, jaguh angkat berat negara, Aniq Kasdan, bersama jurulatihnya dalam perjalanan ke Antalya, Turkiye untuk melakukan persiapan terakhir sebelum berjuang di Paris, hujung bulan ini.

Aniq sebelum ini menyifatkan saingan yang besar akan dihadapinya di Paris nanti dan akan cuba menjadikan persiapan dua minggu terakhir ini sebagai detik yang penting dalam melakukan penambahbaikan dalam prestasinya.

Badang negara itu juga ingin menjadikan Antalya sebagai medan mencari ramuan terbaik bersama jurulatihnya, Edmund Yeo demi mencipta kejutan sekali gus mencapai sasaran peribadinya dengan angkatan 305 kilogram.


 

"Persiapan terakhir mungkin dari segi pemulihan, keadaan semasa, persiapan diri serta aspek pemakanan. Semestinya saya ingin memecahkan rekod.

"Untuk sasaran pingat, mungkin saya perlu  buat angkatan 305 Kilogram baru ada harapan." katanya kepada Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video