'Hampir pasti tetapi belum layak', itu situasi yang membabitkan atlet elit acara tenis kerusi roda negara, Abu Samah Borhan, yang semakin hampir mengesahkan slot ke Paralimpik Tokyo.
Abu Samah menyerlah dalam tiga kejohanan di Turki yang membolehkannya memperbaiki ranking dunia.
Atlet berusia 36 tahun itu enggan terlalu yakin malah terus fokus menambah kutipan mata dalam dua kejohanan di laman sendiri iaitu, Terbuka Kuala Lumpur dan Malaysia hujung bulan ini.
Untuk rekod, Abu Samah menghuni ranking ke-37 dunia acara perseorangan ketika ini, dengan 40 atlet terbaik akan layak secara merit ke Tokyo.
"Ketika ini, saya berada dalam kedudukan merit untuk layak ke Sukan Olimpik namun keputusan akhir atlet yang layak ke Tokyo hanya akan diumumkan pada bulan Jun nanti," katanya.