Skip to main content

Paralimpik

Paralimpik Tokyo 2020: Liek Hou mara ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liekhou.jpg
Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou, terus menampilkan permainan cemerlang susulan kejayaan mara ke pentas separuh akhir Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Berita gembira buat seluruh peminat sukan tanah air itu terhasil apabila juara dunia enam kali itu melakar kemenangan kedua dalam aksi Kumpulan B kategori SU5 selepas mengatasi wakil Taiwan, Fang Jen Yu, 21-13, 21-9 di Stadium Kebangsaan Yoyogi, sebentar tadi.

Walaupun berbaki satu lagi perlawanan dalam peringkat kumpulan bertemu wakil tuan rumah, Taiyo Imai, esok namun dua kemenangan dilakar Liek Hou membenarkan dia menempah tiket awal ke kelompok empat terbaik.

Semalam, Liek Hou melakar kemenangan mudah ke atas pemain Mesir, Ahmed Eldakror, 21-3, 21-2 dalam aksi pertama kumpulan.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video