Skip to main content

Sukan Lain

Paralimpik Paris 2024: Kontinjen negara intai empat emas

paralimpik.jpg
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengotakan janji apabila secara rasminya mengumumkan sasaran empat pingat emas Sukan Paralimpik Paris 2024.

MPM meletakkan sasaran emas menerusi olahraga, badminton, powerlifting serta boccia.

Pengumuman rasmi itu seiring dengan visi dan misi MPM dalam terus perkasa sukan para dalam setiap edisi sukan terbesar dunia itu.

"Saya selalu ingin beri keutamaan kepada jenama tempatan.



"Saya mahu raikan atlet, saya tahu mereka akan bawa pulang medal dan buat setiap rakyat Malaysia gembira," katanya dalam Majlis Perasmian 50 hari Paralimpik ke Paris 2024 hari ini. 




Menurut Pembawa Jalur Gemilang yang juga atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin: "Rekaan ini cukup menarik, penuh warna-warni dan bertemakan bendera Malaysia. 

"Ia membakar semangat saya dan rakan-rakan untuk ke Paris kelak.

"Baju macam ini menambah semangat dan keyakinan saya untuk mendapatkan pingat emas."

 

Advertisement

Must Watch Video