Jurulatih boccia para negara, Aiman Hafizi, enggan meletakkan sebarang harapan pingat pada Sukan Paralimpik Paris 2024 sebaliknya menganggap ia bonus jika anak buah mampu meraih sebarang kilauan pingat kali ini.
Keputusan tidak meletakkan sebarang sasaran juga adalah untuk memastikan pemainnya tidak beraksi dalam keadaan tertekan.
"Besar kemungkinan kami tidak mahu memberi tekanan kepada mereka kerana tidak boleh menjangkakan sebarang keputusan," katanya.
Sementara itu, pemenang pingat emas Sukan Para Asian Hangzhou 2022, Noor Askuzaimey, mendedahkan idolanya memberi inspirasi buatnya untuk melangkah jauh dalam sukan tersebut.
"Dia merupakan contoh untuk saya selain saya menerapkan ilmu yang diberikan demi kegunaan dalam permainan," katanya.
Najmi Iman
Wed Aug 14 2024