Atlet papan selaju kebangsaan, Momo Khan, 15, melonjak ke ranking nombor satu Persekutuan Luncur Beroda Malaysia (MySKATE) selepas menjuarai acara street skateboarding Karnival Sukan Ekstrem KBS 2025, di ibu negara semalam.
Sejak Mata Ranking Skate Kebangsaan (NSRP) diperkenalkan pada Februari lalu, ini merupakan kejayaan terbesar Momo, yang akhirnya meraih kedudukan teratas selepas kejohanan terakhir anjuran MySKATE bagi tahun ini.
Kemenangan itu membolehkan Momo merampas takhta daripada atlet veteran kebangsaan, Kieron Brodie, 47, dari Kuala Lumpur, yang menamatkan saingan di tempat kelima.
Sebelum ini, atlet Selangor itu muncul satu-satunya wakil negara yang mara ke final Skate Tour ASEAN Malaysia Open 2025 di Pulau Pinang Ogos lalu, sekali gus dinobatkan juara kebangsaan dalam kejohanan peringkat Asia Tenggara itu.
Segarkan Diri Sekarang

Hidrasi & Tenaga Untuk Semua
Minuman isotonik dengan vitamin bantu kekal segar dan bertenaga.
Segarkan Diri Sekarang