Bekas atlet angkat berat negara, Firdaus Abd Razak, menganggap Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) tidak adil apabila menghalang Azroy Hazal Wafie Ahmad Izhar menyertai kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 atas dakwaan juara Sukan Komanwel itu berdepan masalah disiplin.
PABM sepatutnya memberi peluang kepada Azroy untuk memberi keterangan berhubung dakwaan presiden persatuan, Datuk Ayub Rahmat, bahawa pemenang pingat emas kategori 56 kilogram Sukan Komanwel itu enggan mengikut perancangan persatuan mengenai penyertaan kejohanan antarabangsa.
Tindakan itu menyebabkan PABM mengambil keputusan hanya menghantar Aznil Bidin menyertai Kejohanan Antara Kelab Asia di China, bulan depan untuk mengumpul mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo.
Realitinya, tindakan itu menjejaskan peluang Malaysia mengumpul mata maksimum sedangkan PABM patut mendapatkan gambaran sebenar daripada Azroy.
"Saya bimbang dia akan hilang keyakinan hingga mengambil keputusan untuk bersara daripada arena angkat berat. Perkara ini perlu dielak kerana Malaysia semakin ketandusan atlet dalam sukan ini," kata Firdaus.
Sukan Olimpik Rio 2016 menyaksikan skuad angkat berat diwakili Mohd Hafifi Mansor.