Skip to main content

Sukan Lain

One Championship: Saya tak banyak cakap, dia 'Starboy' -- Diego Paez

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

paez.jpg
Petarung ONE Championship, Diego Paez, beranggapan jaguh muay thai negara, Johan 'Jojo' Ghazali, mempunyai masa depan yang cerah dengan bakat yang dimilikinya selain memberikan gelaran 'starboy' kepadanya.

Jojo terpaksa akur dengan kekalahan ketiganya selepas tewas kepada petarung berdarah Colombia-Amerika Syarikat itu menerusi pungutan mata 1-2 pada Sabtu lalu di Stadium Lumpinee, Thailand.

"Saya tak banyak bercakap, saya cuma menikmati kejayaan. Tapi Jojo adalah lawan yang saya hormati dan saya percaya dia ada masa depan yang cerah.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nick Atkin (@nickatkinone)




"Saya doakan yang terbaik buat dia. Dia ada pasukan yang bagus. Saya tahu dia berlawan dengan penuh ego, dan saya dapat lihat dengan jelas. 

"Dia seolah-olah tidak mengendahkan saya dan fikirkan perkara yang akan datang. Itu sebabnya saya katakan sebelum pertarungan bahawa saya hanya fokus.

"Saya percaya kepada diri sendiri dan gembira dapat lakukan ini menentang nama besar seperti dia. Saya tahu organisasi sangat minat pada dia. Dia ialah ‘budak emas’ mereka." katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Untuk rekod, Jojo kini mempunyai rekod enam kemenangan sepanjang bertempur dalam One Championship.

Advertisement

Must Watch Video