ONE FC
One Championship: Rifdean akur silap percaturan pusingan pertama
Petarung dari Malaysia, Rifdean Masdor, terpaksa akur dengan atlet Thailand, Petninmungkorn, menerusi kiraan mata di pentas One Championship di Stadium Lumpinee, Bangkok, semalam.
Rifdean tampak seimbang ketika memulakan cabaran ke atas peserta tuan rumah dalam kategori Atomweight Muay Thai itu.
Tetapi beberapa langkahnya sempat dipatahkan Petninmungkorn yang kemudian menjadi pilihan sebulat suara juri di akhir pertarungan tersebut.
Iklan
Pusingan kedua bertambah agresif dengan kedua-dua seteru melepaskan tumbukan lebih berat, lebih-lebih lagi selepas Rifdean dua kali dijatuhkan.
Rifdean sedar bahawa dia tiada jalan lagi dan cuba mengasak lawannya dengan tumbukan padu dalam pusingan terakhir, tetapi akhirnya terperangkap dengan Petninmungkorn yang bijak menunggu peluangnya termasuk sempat membuat sikuan ke umbun kepala pencabarnya itu.
"Saya minta maaf saya sudah buat 100 peratus terbaik untuk kamu semua.
"Tidak mengapa saya sakit, yang penting kamu semua gembira dengan pertarungan saya.
"Mungkin tiada rezeki, tiba-tiba pusingan pertama saya kena teruk.
"Yang penting saya sudah buat 100 peratus. saya kerahkan kudrat dan tidak berundur," katanya di Instagram selepas pertarungan.
Must-Watch Video