Skip to main content

Sukan Lain

Olahraga Varsity Grand Final: Emas lonjak keyakinan Firdaus Zemi selepas cedera

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

firdaus-4x100m_1.jpg
Muhamad Firdaus Mohamad Zemi mempamerkan kebangkitan untuk merangkul emas 400 meter lelaki diamond walaupun baru sahaja kembali daripada kecederaan.

Kali terakhir dia beraksi dalam Sirkit Kedua Kejohanan Olahraga Varsity di Kluang, pada Mei lalu sebelum berehat panjang akibat kecederaan.

Dan kembali dalam grand final di Terengganu menjadi pentas terbaik buat atlet Universiti Putra Malaysia (UPM) itu yang mengungguli dalam acara 400 meter lelaki diamond.

Firdaus yang juga salah seorang daripada kuartet 400 meter lelaki yang meraih gangsa dalam Sukan SEA 2023 berjaya mencatat 49.35s, lantas dia menyifatkan catatan itu cukup baik untuk memberi motivasi terhadap dirinya melompat lebih tinggi pada tahun hadapan.

"sudah lumrah alami mengalami kecederaan tapi atlet kembali dan dapatkan prestasi yang diingini. 

"Saya dapat tekanan yang baik mengikut program yang diberikan MSN, Saya berjaya kembalikan prestasi walaupun belum capai catatan terbaik. Tapi ini akan menjadi batu loncatan untuk menghadapi kejohanan akan datang," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.  

Dalam saingan wanita pula, masih segar dengan kejayaan menjuarai saingan 400m dalam Kejohanan Olahraga Hong Kong awal Mei lalu, Chelsea Cassiopea Evali (Universiti Malaysia Sabah) tampil mendominasi selepas jauh meninggalkan pencabar lain apabila membuat larian 57.34s.

Walaupun meraih emas, catatannya itu jauh daripada catatan pterbaik peribadinya, namun Chelsea mengambil positif keputusan hari ini dengan menyasarkan larian bawah 55 saat pada tahun depan. 




"Saya menjangkakan catatan yang lebih baik. 

"Mungkin ketika ini saya menghadapi beberapa rintangan seperti pengajian dan dengan berjauhan dengan jurulatih ketika ini, sesi latihan tidak dipantau," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video