Shaiful Shamsudin
Thu Nov 07 2024
Ketua Penyelaras Kejohanan Olahraga Varsity Grand Final 2024, Malik Tobias, menyifatkan kejohanan yang sudah pun memasuki tahun ketiga ini banyak membuka mata pihak berkepentingan dengan bakat yang ada dalam kalangan atlet universiti.
Ia secara tidak langsung menyaksikan platform yang dicipta mengikut format yang hampir sama dengan "Diamond League" ini boleh dianggap berjaya dalam melahirkan bintang olahraga baru negara.
"Seramai 638 atlet akan menyertai kejohanan ini.
"Kami masih kekalkan bilangan atlet bertanding, mungkin disebabkan ia dilangsungkan hujung tahun maka isu atlet yang tidak dapat sertai kejohanan timbul.
"Ramai juga atlet terpilih untuk program MSN (Majlis Sukan Negara) hingga membuka mata persatuan negeri," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Dalam masa yang sama, Malik juga berharap akan ada satu rekod kebangsaan dipecahkan dalam grand final ini.
Lebih-lebih lagi dengan senarai atlet yang bertanding dalam edisi 2024, tidak mustahil untuk perkara itu berlaku.
"Mungkin ada kejutan, bergantung sejauh mana persediaan atlet," katanya lagi.