Skip to main content

Sukan Lain

Olahraga: UK Athletics larang atlet transgender bersaing dalam kategori wanita

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

running-track_6a9v7zluwd4a18us8qhlet969.jpg
UK Athletics menlarang atlet transgender daripada bersaing dalam kategori wanita bagi kesemua kejohanan dan acara di United Kingdom.

Larangan itu dibuat selepas seminggu World Athletics mengumumkan pengharaman terhadap atlet transgender lelaki ke wanita, yang telah melalui proses akil baligh lelaki, daripada bersaing dalam acara wanita elit.

Keputusan itu mendapat sokongan daripada bekas Olimpian negara itu seperti perenang, Sharron Davies, dan legenda decatlon, Daley Thompson, walaupun ia juga mendapat tentangan daripada kumpulan yang menggerakkan kempen LGBTQ+.

Larangan berkenaan berkuatkuasa serta-merta semalam.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video