Skip to main content

Sukan Lain

Olahraga Tiger Track Classic: Azeem Fahmi pecah rekod terbaik musim ini ketika bergelar juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azeem-fahmi.jpg
Pelari pecut nombor satu negara, Azeem Fahmi, memecahkan rekod terbaiknya musim ini ketika menjuarai acara 100m Kejohanan Olahraga Tiger Track Classic di Auburn, Amerika Syarikat sebentar tadi.

Mewakili tuan rumah, Universiti Auburn, Azeem bergelar juara dengan catatan masa 10.28s, mengatasi Brody Buffington (10.29s) dan Micah Larry (10.32), masing-masing dari Georgia.

Sebagai rekod, Azeem merupakan pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09s, yang dilakukannya dalam Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia pada 2022.
 

 

Advertisement

Must Watch Video