Skip to main content

Sukan Lain

Olahraga Para Dunia: Wong Kar Gee raih gangsa, sasar pecah rekod baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wong.jpg
Atlet para lompat jauh kategori T-12, Wong Kar Gee, berada di landasan terbaik bagi persediaan dan persiapan menghadapi temasya berprestij, Sukan Paralimpik Paris. yang bermula 28 Ogos hingga 8 September ini.

Keyakinan itu disuarakan atlet berusia 33 tahun itu selepas memecahkan rekod perbadinya musim ini dengan catatan 7.05m dalam kejohanan Olahraga Para Dunia Kobe, Jepun, semalam. 

Meskipun jauh daripada catatan terbaiknya iaitu 7.22m, namun Kar Gee tetap berpuas hati selain menyasarkan rekod yang lebih baik di Paris kelak.

"Saya bersyukur kerana berjaya memperolehi pingat gangsa dan melakukan lompatan terbaik setakat ini.

"Saya sangat gembira dengan keputusan tersebut tetapi masih mensasarkan pencapaian yang lebih bagus untuk melepasi catatan terbaik musim ini.



"Cabaran yang diberikan oleh pihak lawan sangat kuat, namun saya tetap yakin dengan kemampuan diri saya kerana saya sudah bekerja keras ketika latihan sebelum ini," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video