OLAHRAGA
Olahraga Para Dunia: Nazmi Nasri akui masih kerdil ikut jejak Latif, Ziyad
Atlet lompat jauh para T37 negara, Muhammad Nazmi Nasri, tidak menganggap kejayaan memecah rekod peribadinya, 6.13 meter, yang dilakukan dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia di Kobe sebagai batu loncatan untuk berdiri sebaris bersama dua lagi jaguh para negara, Datuk Latif Romly dan Ziyad Zolkefli.
Di sebalik keputusan memberangsangkan itu, Nazmi turut menganggap perjalanannya masih lagi jauh berbanding dua jaguh negara itu.
Untuk meneruskan rentak berkualiti sebagai atlet lompat jauh negara, dia menjelaskan disiplin diri serta menjaga solat menjadi antara kunci prestasinya sentiasa berada di tahap tertinggi.
Iklan
Nazmi yang baru berusia 21 tahun memiliki masa hadapan lebih cerah jika dibandingkan dengan Latif yang berusia 27 tahun dan Ziyad yang menjangkau 34 tahun.
"Saya masih boleh meletakkan diri saya sebaris dengan Latif dan Ziyad yang merupakan atlet berpengalaman.
"Lagipun saya masih muda, masih banyak yang perlu dipelajari dan saya mungkin boleh jadi seperti mereka.
"Saya cuma perlukan masa," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Must-Watch Video